Khamis, 23 Mei 2013

Selamat Hari Guru sedunia_2013



Selamat Hari Cikgu, Pendidik, Guru, Teachers , Ustaz, Ustazah, Murabbi , Sheikh, Sifoo dan semua yang sudi berkongsikan ilmu dengan kita sepakat dirai di Malaysia pada setiap 16 Mei. Kerja Cikgu memang sukar, namun yang penting kita ikhlas untuk membantu membentuk ummah terbaik. Tak semua insan diberi kesempatan dan dipilih menjadi guru, ia amanah yang sangat besar.

Belum terlewat untuk ku mengucapkan TERIMA KASIH untuk kedua ibubapa, semua guru-guru dari tadika taski Annur, Kg.Muhibah, Guru Pekan National School, Sekolah Rendah Agama Kg. Tabanak, Lahad Datu, Ustaz Ustazah di Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak, Sabah. [ SMUIK 2008 - 2013], Jurulatih Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan [ Kumpulan 1 Siri 10/2013 ] dan Pensyarah di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Kota Kinabalu, Sabah. 


Walaupun pada Am nya Hari Guru di sambut pada 16.Mei tetapi kami warga Maahad Tahfiz terlewat 4 hari diasbabkan dengan perkara yang tidak boleh di elakkan. Namun terlewat, tidak bermaksud kami tidak dapat mengimarahkan dengan jayanya. 

Dengan kemeriahan yang di beri oleh pensyarah-pensyarah Maahad Tahfiz sekaligus dibantu dengan kerjasama sorakan siswa siswi dalam memberi sokokongan kepada para pensyarah yang terlibat dalam " Game " yang di anjurkan. Alhamdulillah, Hari Guru yang dijalankan ini, memberi banyak tadrus dan ibrah kepada kita, kerana dengan adanya program sebegini kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara para pendidik dan para penutut ilmu. Kita juga dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Akhir kata, Hari Guru yang dijalankan baru-baru ini sangat " HAPPY " dan berkualiti bagi semua warga Maahad Tahfiz. Moga-moga pada tahun hadapan lebih baik dan meriah lagi. 


Antara Sukan yang dimainkan




                                       

                                       

     



       



                                 



Ubai yang setia menyokong ayahandanya (Al-Fadhil Ust. Akmal)



Siswi Semester 1


:: Perkongsian bersama ::

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)











Rabu, 15 Mei 2013

Halawatul Ukhwah permulaanku di Maahad Tahfiz

Di teruskan dengan hari " Halawatul Ukhwah'13 " yang bermaksud Kemanisan Bersaudara. Kami mulakan program ini dengan suai kenal antara satu dengan yang lain. (IceBreaking). Alhamdulillah, walaupun hanya saya sahaja yang bersasal dari Warga SMUIK namun hikmah yang tersirat ialah, aku dapat mengenali ramai saudara dari berlainan sekolah. Insya'Allah, ukhwah yang terjalin indah pada saat ini akan kekal hingga ke akhirNya di atas redha Allah Ta'ala.



Halawatul Ukhwah di Maahad Tahfiz


Di teruskan, Di Binsuluk Resort




Antara " Game " yang dijalankan bersama.


Hari Penutupan bersama Guru, Senior dan Rakan seperjuangan.


Rabu, 8 Mei 2013

Jom jelajah Blog " BintunYakub " berwajah baru.



Sudah lama Blog tdak terurus, kini ku tukarkan nama "Sekadar Perkongsian!!~" kepada "Aku Di IPT", Insya'Allah, kali ini aku akan kongsikan ceritaku semasa menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.

 Jom JELAJAH !!




Alhamdulilah, bermulanya hidupku untuk mencari ilmu dunia dan akhirat di tempatkan di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Sabah. Syukran ya Rob. Insya'Allah, aku terus hingga ke akhir sem di Maahad dengan mendapat khatam hafaz Al-Quran 30 juzuk. Moga-moga Quran Al-Karim dapat memberi cahaya pada hati yang kelam ini. Insya'Allah,Amiin.
center