Memaparkan catatan dengan label Program Maahad Tahfiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Maahad Tahfiz. Papar semua catatan

Khamis, 25 Julai 2013

Nuzul Quran 2013


Alhamdulillah, kita telah berpuasa 16 hari, pada malam ini sampailah saatnya pada malam 17 Ramadan, tarikh ini dipanggil Nuzul al-Quran iaitu masa al-Quran diturunkan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW . 
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menyambut hari Nuzul Quran bersama keluarga tahfiz.
Alhamdulillah, pada tanggal 25. Julai kami warga Maahad Tahfiz melaksanakan program Khatam Quran, Ceramah, Zikir Illahi bagi menghidupkan hati yang gelap ini. Sempena hari mulia Nuzul Quran tahun 2013. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana terpilih untuk melaksankan dan mengimarahkan lagi Nuzul Quran ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mengikut peredaran zaman sekarang, pada zahiriahnya, tidak banyak orang yang dapat mengingati hari mulia ini. Syukur ya Rob, kerana hambaMu dapat memenuhi hari mulia ini dengan ayat-ayat suci Al-QuranMu. Ini lah kali pertama aku menyambut hari Nuzul Quran dengan sambutan yang hebat seperti hadir ke majlis-majlis kenduri, yang mana tempat itu di penuhi dengan hamba-hamba Sang Pencipta yang bertemankan Al-Quran dan tasbih untuk mengingati Allah Rab Al-Alamin. Insya'Allah. 



Foto 1 semasa sambutan Nuzul Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. 



Foto 2 semasa sambutan Nuzul Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.


# Tambahan untuk pengetahuan semua : 

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Untuk pengetahuan kalian pada awalnya Allah SWT menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini, Allah SWT  sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaan-Nya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam firmanNya yang bermaksud :
"Bahkan (yang didustakan itu) ialah al-Quran yang mulia, yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Luh Mahfuz)" (Surah al-Buruj ayat 21-22)

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Kemuliaan (lailatul qadr) di bulan Ramadan. Hal ini tercatat dalam firmanNya yang bermaksud : " Bulan Ramadan  adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeza (antara yang benar dan yang batil).." (Surah al-Baqarah ayat 185)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran)  pada malam kemulian (lailatul qadr). Tahukah kamu apakah itu malam kemuliaan (lailatul qadr) itu?.  Malam kemuliaan itu (lailatul qadar)   lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahtera (malam itu) sampai terbit fajar." (Surah al-Qadr ayat 1-5)

Kemudian al-Quran itu diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah SAW di Gua Hira’, tepatnya ketika baginda berusia 40 tahun.

Ibnu Abbas menyatakan: "Al-Quran itu diturunkan pada malam kemuliaan (lailatul qadr) dalam  bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur."

Lailatul qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Lailatul qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain .

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah  SAW ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam kemuliaan (lailatul qadr ) pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.




Sabtu, 15 Jun 2013

Majlis Ihtifal Ilmi'13 ( 14 Jun -- 16 Jun )


Buat julung-julung kali nya, aku mencungkil bakat ku. Aku telah menyertai Pertandingan Pidato Bahasa Arab, nasyid dan juga Seni Khat. Semua ini terjadi kerana takdir Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, berkat izinNya, aku telah mendapat tempat #1 dalam pertandingan Pidato Bahasa Arab dan pertandingan Seni Khat, justeru itu,bagi  pertandingan Nasyid berkumpulan " kami " mendapat tempat ketiga.

Program ini dinamakan Majlis Ihtifal Ilmu'13. Hari pen'cungkilan' bakat bagi seorang yang bergelar insan pe'Malu' dan tidak menyedari bahawa pada dirinya itu tersirat BAKAt yang hebat berbanding orang yang dilihatnya pada masa kini. Insya'Allah, aku tetap berusaha untuk meneruskan perjuangan ku untuk mendalami lagi bakat yang terpendam dalam diri ini.





Para Pengadil yang arif dikalangan Pensyarah Maahad Tahfiz dan Jemputan Khas dari luar.




Syarahan Bahasa Inggeris ( Speech )






Syarahan Bahasa Arab 






Seni Khat




Pertandingan Hafazan(Juzuk 1-5, 1-10, dan 1-20 )




Tilawah Al-Quran berqiraat




Ceramah Ilmiah ( Tazkirah )



Azan & Khutbah




Debat ala Paerlimen








Dahulunya, aku menyedari. Aku lahir hanya seorang insan yang biasa-biasa. Kerana zaman kanak-kanak ku yang dapat ' meneksport ' diriku sebagai wakil " Hafazan, Tarannum, Nasyid dan Coral Speaking " tidak permenant hingga ke alam remaja di Sekolah Menengah Ugama Islam,Kunak. Itu lah sebab yang aku merasakan aku hanya " Imsan biasa-biasa." Tapi, berkat kesungguhan diri sendiri dan keinginan ingin terus maju di alam dewasa,( bila lagi kita mahu berubah kan??) Aku menghantar diriku untuk mewakili pertandingan dalam program yang dijalankan beberapa hari yang lalu. Syukur kehadrat Illahi, aku telah mendapat hadiah sebagai tanda kemenangan yang dicapai. Justeru itu, aku juga mendapat kata kunci daripada program ini iaitu, Aku boleh berubah menjadi " Orang yang LUAR BIASA " tetapi dengan menanamkan sifat ' Kesungguhan pada diri ' Insya'Allah, semua akan berubah lebih baik.




Hadiah-hadiah 














Rakan seperjuanganku...


Gambar di ambil semasa majlis penutupan.

Selasa, 11 Jun 2013

Kuliah Jumaat bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Akmal Al-Hafiz



Alhamdulillah, setiap hari Khamis, malam Jumaat. Kami warga Maahad Tahfiz tidak pernah mengenal erti penat akan mecari ilmu Illahi. Terus-menerus dahagakan Ilmu. Insya'Allah, berkat bimbingan teguh Al-Fadhil Ustaz Akmal Mohd Othman, yang sanggup mengorbankan masa demi untuk anak-anak didiknya menambahkan Ilmu pengetahuan akan dapat mempertingkatkan lagi hatta menambahkan lagi " Halawatul Iman " yang ada pada setiap seseorang yang bergelar Hamba Allah.



Rujukan yang diambil untuk kuliah Jumaat : 

  • Al-Quran dan Al-Hadith
  • Buku Indahnya Hidup Bersyariat
  • Rujukan ustaz sendiri
  • #tambahan : Jemputan Ustaz dari luar

Khamis, 23 Mei 2013

Selamat Hari Guru sedunia_2013



Selamat Hari Cikgu, Pendidik, Guru, Teachers , Ustaz, Ustazah, Murabbi , Sheikh, Sifoo dan semua yang sudi berkongsikan ilmu dengan kita sepakat dirai di Malaysia pada setiap 16 Mei. Kerja Cikgu memang sukar, namun yang penting kita ikhlas untuk membantu membentuk ummah terbaik. Tak semua insan diberi kesempatan dan dipilih menjadi guru, ia amanah yang sangat besar.

Belum terlewat untuk ku mengucapkan TERIMA KASIH untuk kedua ibubapa, semua guru-guru dari tadika taski Annur, Kg.Muhibah, Guru Pekan National School, Sekolah Rendah Agama Kg. Tabanak, Lahad Datu, Ustaz Ustazah di Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak, Sabah. [ SMUIK 2008 - 2013], Jurulatih Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan [ Kumpulan 1 Siri 10/2013 ] dan Pensyarah di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Kota Kinabalu, Sabah. 


Walaupun pada Am nya Hari Guru di sambut pada 16.Mei tetapi kami warga Maahad Tahfiz terlewat 4 hari diasbabkan dengan perkara yang tidak boleh di elakkan. Namun terlewat, tidak bermaksud kami tidak dapat mengimarahkan dengan jayanya. 

Dengan kemeriahan yang di beri oleh pensyarah-pensyarah Maahad Tahfiz sekaligus dibantu dengan kerjasama sorakan siswa siswi dalam memberi sokokongan kepada para pensyarah yang terlibat dalam " Game " yang di anjurkan. Alhamdulillah, Hari Guru yang dijalankan ini, memberi banyak tadrus dan ibrah kepada kita, kerana dengan adanya program sebegini kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara para pendidik dan para penutut ilmu. Kita juga dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Akhir kata, Hari Guru yang dijalankan baru-baru ini sangat " HAPPY " dan berkualiti bagi semua warga Maahad Tahfiz. Moga-moga pada tahun hadapan lebih baik dan meriah lagi. 


Antara Sukan yang dimainkan




                                       

                                       

     



       



                                 



Ubai yang setia menyokong ayahandanya (Al-Fadhil Ust. Akmal)



Siswi Semester 1


:: Perkongsian bersama ::

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)











Rabu, 15 Mei 2013

Halawatul Ukhwah permulaanku di Maahad Tahfiz

Di teruskan dengan hari " Halawatul Ukhwah'13 " yang bermaksud Kemanisan Bersaudara. Kami mulakan program ini dengan suai kenal antara satu dengan yang lain. (IceBreaking). Alhamdulillah, walaupun hanya saya sahaja yang bersasal dari Warga SMUIK namun hikmah yang tersirat ialah, aku dapat mengenali ramai saudara dari berlainan sekolah. Insya'Allah, ukhwah yang terjalin indah pada saat ini akan kekal hingga ke akhirNya di atas redha Allah Ta'ala.



Halawatul Ukhwah di Maahad Tahfiz


Di teruskan, Di Binsuluk Resort




Antara " Game " yang dijalankan bersama.


Hari Penutupan bersama Guru, Senior dan Rakan seperjuangan.


center