Sabtu, 27 Julai 2013

Musibah pendidik jiwa ~




Alhamdulillah, sampai kita ke label perkongsian " Mutiara Kata ". Ingin diriku kongsikan bahawa musibah yang telah di tetapkan pada Qada' dan Qadar oleh Allah Ta'ala itu adalah satu fakta. Bukan sekedar wacana atau teori kosong  sahaja. Musibah juga dapat mendidik jiwa dan mensucikan diri dari dosa dan kemaksiatan. hal ini kerana, kita dapat menjadikan musibah itu sebagai pengajaran terhadap sesuatu perkara yang telah kita lakukan. Insya'Allah, atas musibah yang menimpa itu dapat membuka hati kita untuk memohon petunjuk dari Illahi, agar dapat menyuluh dan menerangi lagi cahaya yang benar terhadap diri yang kerdil dengan IlmuNya. 

Allah berfirman : 


 " وَمَآأَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا عَن كَثِيرٍ "
Ertinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS asy Syura: 30)

Dalam ayat ini terdapat kabar gembira sekaligus ancaman jika kita mengetahui bahwa musibah yang kita alami adalah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu bahwa Nabi Shallallaahu alaihi wa sallam bersabda: 

"Tidak ada penyakit, kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hinggga duri yang menusuknya melain-kan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dengan semua itu.” (HR. Bukhari).




Khamis, 25 Julai 2013

Nuzul Quran 2013


Alhamdulillah, kita telah berpuasa 16 hari, pada malam ini sampailah saatnya pada malam 17 Ramadan, tarikh ini dipanggil Nuzul al-Quran iaitu masa al-Quran diturunkan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW . 
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menyambut hari Nuzul Quran bersama keluarga tahfiz.
Alhamdulillah, pada tanggal 25. Julai kami warga Maahad Tahfiz melaksanakan program Khatam Quran, Ceramah, Zikir Illahi bagi menghidupkan hati yang gelap ini. Sempena hari mulia Nuzul Quran tahun 2013. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana terpilih untuk melaksankan dan mengimarahkan lagi Nuzul Quran ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mengikut peredaran zaman sekarang, pada zahiriahnya, tidak banyak orang yang dapat mengingati hari mulia ini. Syukur ya Rob, kerana hambaMu dapat memenuhi hari mulia ini dengan ayat-ayat suci Al-QuranMu. Ini lah kali pertama aku menyambut hari Nuzul Quran dengan sambutan yang hebat seperti hadir ke majlis-majlis kenduri, yang mana tempat itu di penuhi dengan hamba-hamba Sang Pencipta yang bertemankan Al-Quran dan tasbih untuk mengingati Allah Rab Al-Alamin. Insya'Allah. 



Foto 1 semasa sambutan Nuzul Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. 



Foto 2 semasa sambutan Nuzul Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat.


# Tambahan untuk pengetahuan semua : 

Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Untuk pengetahuan kalian pada awalnya Allah SWT menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini, Allah SWT  sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaan-Nya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam firmanNya yang bermaksud :
"Bahkan (yang didustakan itu) ialah al-Quran yang mulia, yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Luh Mahfuz)" (Surah al-Buruj ayat 21-22)

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Kemuliaan (lailatul qadr) di bulan Ramadan. Hal ini tercatat dalam firmanNya yang bermaksud : " Bulan Ramadan  adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeza (antara yang benar dan yang batil).." (Surah al-Baqarah ayat 185)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran)  pada malam kemulian (lailatul qadr). Tahukah kamu apakah itu malam kemuliaan (lailatul qadr) itu?.  Malam kemuliaan itu (lailatul qadar)   lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahtera (malam itu) sampai terbit fajar." (Surah al-Qadr ayat 1-5)

Kemudian al-Quran itu diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah SAW di Gua Hira’, tepatnya ketika baginda berusia 40 tahun.

Ibnu Abbas menyatakan: "Al-Quran itu diturunkan pada malam kemuliaan (lailatul qadr) dalam  bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur."

Lailatul qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Lailatul qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain .

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah  SAW ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam kemuliaan (lailatul qadr ) pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.




Isnin, 8 Julai 2013

Ulang Tahun Di IPT



"Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi to Ziana, Selamat Hari Jadi"
Nyanyian yg merdu,kuat dan ' Hepi ' dari kawan-kawan seklah menengah membuatkan aku rasa gembira semasa ulang tahunku. Aku selalu menantikan detik ini, 08. Julai, kerna aku ingin orang ucapkan " Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Jadi, Happy Birthday Ziana, dan lain-lain ucapan lagi.Aku selalu menantikan semua ini.- Inilah ceritaku semasa di bangku sekolah dahulu. 

Tapii... perubahan yang sangat ketara dan amat memilukan hati semasa aku sudah meningkat dewasa. di Semasa aku di IPT, aku masih menantikan saat ini. Malangnya tiba masanya, semua orang di sini tidak ada yang mengetahui bahawa hari ini adalah hari kelahiranku. Semua masih meletakkan wajah serba tidak tahu. Aku sangat sedih melihat dan merasakan suasana ini. Setelah senja mendatang, tiba seorang kakak angkat yang saya kenal di Stesen, Inanam dahulu. Kakak memberikan ku kek yang dibanjiri coklat dipermukaan muka atasnya, dan di hiasi dengan buah ' cherry '. Aku mula rasa gembira, dan aku merasakan pasti ada yang kan ucap ' Selamat Hari Jadi, Ziana '. Malangnya keadaan semakin teruk. Ada sesetengah orang bertanya, ' Ai? Kek siapa ziana? Hari jadi siapa.' Ya Allah, terpukulnya jiwaku pada masa itu. Aku merasakan aku tidak di hargai. Ya Allah, hanya padaMu aku memohon agar perasaan sedih ini tidak tertonjol di hadapan mereka. - hati kecil ku berbicara -

Setelah beberapa minit selepas kami meraikan hari jadiku. Aku baru tersedar, bahawa ' Hari Jadi ' yang selama ini aku anggap penting dalam hidupku hanya sia-sia. Kerna, aku sepatutnya tidak meraikannya dengan kegembiraan, malah aku perlu muhasabah diri untuk mengenang DOSA apa kah yang sudah ku lakukan beberapa tahun yang lalu. Aku perlu sedar akan semua ini. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat sedar juga. Terima kasih ya Rab Al-Alamin. Aku menangis kecil, dan bersujud di malam sunyi agar Allah mengampunkan dosa-dosa ku. 

Ayuh, rakan seperjuangan ku. Sedarlah bahawa " Hari Lahir " yang kita nantikan itu adalah ' Simbol ' bahawa MAUT itu makin dekat.Hari lahir ini sebenarnya boleh jadi satu muhasabah buat diri kita yang sering terlalai dan terleka dimamah arus kehidupan pada masa kini. Apabila difikir-fikirkan balik disebalik ucapan "selamat hari jadi", "sanah helwah", dan "happy birthday", kita boleh rumuskan bahawa ianya bukanlah ucapan yang menunjukkan bahawa umur kita makin panjang, sebaliknya makin pendek, yakni semakin mendekati kematian. Apa2 pun, terima kasih atas kerjasama dan ucapan untuk hari lahir saya..


 Jom muhasabah diri di ' Hari Kelahiranmu tiba semula '.


center