Jumaat, 21 Jun 2013

Beriktikaf Di Masjid Negeri



Pengalamanku beriktikaf di Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah.
Seingat ku memang tidak ada yang 'special' ketika ini. Tetapi ingin ku kongsikan kepada para pembaca tentang solat. Aku berasa terkilan dan berbangga apabila ku dapat melihat ada sesetengah orang yang masih mendirikan solat di Masjid walaupun dalam keadaan yang penat lesu, dan berpakaian kerja. As we know, Solat adalah tiang agama. Tahniah dan syabas bagi orang yang masih takut akan Allah, yakni dia masih dalam beriman. Kerana, bagi orang mukmin, apabila mendengar saja ayat Tuhan, terus datang perasaan takut. Allah subahanahu wata'ala berfirman dalam Al-Quran  "Sesungguhnya (orang mukmin itu) apabila disebut nama Tuhan, gementar hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah imannya, sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya." (Al Anfal: 2).
For u all information, sepertimana yang kita faham pakaian kerja pada masa kini sangat bergaya bukan? Ini lah sebabnya yang membuatkan saya terkilan dan berbangga. Saya terkilan kerana, orang yang berpakaian separuh tutup, baju singkat dan sendat pun tahu untuk sampai dan menjejakkan kaki nya ke Masjid untuk solat. Bukannya untuk ku mengatakan yang bertutup penuh itu tidak ingat akan solat nya. Aku masih ber'Husnus Zon' sudah semestinya yang bertutup yang tidak masuk melangkah ke ruangan solat masjid itu sedang uzur( period ) atau pun pergi ke Masjid lain untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Hamba Allah. Tetapi, yang saya bangga, menurut pandangan saya semasa beriktikaf di Masjid Negeri Sabah, 80% semua dari kalangan orang yang 'biasa-biasa'. Oleh itu, kepada pembaca yang tersedar dan tersindir akan dirinya yang suka meninggalkan solat semasa 'Enjoy@Berjalan-jalan' di pusat bandar. Harap dapat di ubah menjadi lebih baik. Ingat, sempit mana pun masa kita. Cuba untuk solat. Utamakan solat, barulah mebeli barang-barang yang ingin dicari. Insya'Allah, bila kita ingat Allah. Allah akan permudahkan urusan kita. Allah berfirman dalam Al-Quran  "Barang siapa bertaqwa pada Allah, Tuhan akan bagi dia jalan keluar daripada kesusahan, dan memberinya rezeki dari sumber yang tidak diduga." (At Talaq: 2-3)
 Jom berubah menjadi yang terbaik di pandangan Allah Rab Al-Alamin. 

" Sujudlah kepada Sang Pencipta 5 kali sehari "


Video tentang i'tikaf : Ustaz Azhar Idrus

Boleh kah niat iktikaf di surau?


Makna Iktikaf 



Sabtu, 15 Jun 2013

Majlis Ihtifal Ilmi'13 ( 14 Jun -- 16 Jun )


Buat julung-julung kali nya, aku mencungkil bakat ku. Aku telah menyertai Pertandingan Pidato Bahasa Arab, nasyid dan juga Seni Khat. Semua ini terjadi kerana takdir Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, berkat izinNya, aku telah mendapat tempat #1 dalam pertandingan Pidato Bahasa Arab dan pertandingan Seni Khat, justeru itu,bagi  pertandingan Nasyid berkumpulan " kami " mendapat tempat ketiga.

Program ini dinamakan Majlis Ihtifal Ilmu'13. Hari pen'cungkilan' bakat bagi seorang yang bergelar insan pe'Malu' dan tidak menyedari bahawa pada dirinya itu tersirat BAKAt yang hebat berbanding orang yang dilihatnya pada masa kini. Insya'Allah, aku tetap berusaha untuk meneruskan perjuangan ku untuk mendalami lagi bakat yang terpendam dalam diri ini.





Para Pengadil yang arif dikalangan Pensyarah Maahad Tahfiz dan Jemputan Khas dari luar.




Syarahan Bahasa Inggeris ( Speech )






Syarahan Bahasa Arab 






Seni Khat




Pertandingan Hafazan(Juzuk 1-5, 1-10, dan 1-20 )




Tilawah Al-Quran berqiraat




Ceramah Ilmiah ( Tazkirah )



Azan & Khutbah




Debat ala Paerlimen








Dahulunya, aku menyedari. Aku lahir hanya seorang insan yang biasa-biasa. Kerana zaman kanak-kanak ku yang dapat ' meneksport ' diriku sebagai wakil " Hafazan, Tarannum, Nasyid dan Coral Speaking " tidak permenant hingga ke alam remaja di Sekolah Menengah Ugama Islam,Kunak. Itu lah sebab yang aku merasakan aku hanya " Imsan biasa-biasa." Tapi, berkat kesungguhan diri sendiri dan keinginan ingin terus maju di alam dewasa,( bila lagi kita mahu berubah kan??) Aku menghantar diriku untuk mewakili pertandingan dalam program yang dijalankan beberapa hari yang lalu. Syukur kehadrat Illahi, aku telah mendapat hadiah sebagai tanda kemenangan yang dicapai. Justeru itu, aku juga mendapat kata kunci daripada program ini iaitu, Aku boleh berubah menjadi " Orang yang LUAR BIASA " tetapi dengan menanamkan sifat ' Kesungguhan pada diri ' Insya'Allah, semua akan berubah lebih baik.




Hadiah-hadiah 














Rakan seperjuanganku...


Gambar di ambil semasa majlis penutupan.

Selasa, 11 Jun 2013

Kuliah Jumaat bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Akmal Al-Hafiz



Alhamdulillah, setiap hari Khamis, malam Jumaat. Kami warga Maahad Tahfiz tidak pernah mengenal erti penat akan mecari ilmu Illahi. Terus-menerus dahagakan Ilmu. Insya'Allah, berkat bimbingan teguh Al-Fadhil Ustaz Akmal Mohd Othman, yang sanggup mengorbankan masa demi untuk anak-anak didiknya menambahkan Ilmu pengetahuan akan dapat mempertingkatkan lagi hatta menambahkan lagi " Halawatul Iman " yang ada pada setiap seseorang yang bergelar Hamba Allah.



Rujukan yang diambil untuk kuliah Jumaat : 

  • Al-Quran dan Al-Hadith
  • Buku Indahnya Hidup Bersyariat
  • Rujukan ustaz sendiri
  • #tambahan : Jemputan Ustaz dari luar

Jumaat, 7 Jun 2013

Allah pemberi rezeki dalam sujud hambaNya pada waktu Duha


Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher



center